Ceria Popstar Xtra 2022

Ceria Popstar Xtra 2022 adalah merupakan program realiti terbaru nyanyian yang mengetengahkan bakat adik-adik yang mana berkebolehan untuk bernyanyi disamping mempersembahkan kreativiti persembahan setiap minggu. Merekalah bakal menjadi pelapis dalam industri seni negara di masa akan datang. Program ini bakal bersiaran selama 8 minggu mulai 29 Jun 2022, pada setiap hari Rabu, pukul 9.00 malam di Astro Ceria 611, menerusi On Demand dan juga boleh strim secara online di Astro Go yang mana kali ini menampilkan elemen baru iaitu 'gaming' dengan format asal dikekalkan.